icon-search
icon-search

Piala Menteri Besar Perak E-Sports 2026: Langkah Besar Untuk Esports Negeri

Piala Menteri Besar Perak E-Sports 2026: Langkah Besar Untuk Esports Negeri

18 Januari 2026, Sabtu - menyaksikan kemeriahan Piala Menteri Besar Perak E-Sports 2026 yang berlangsung dari pagi hingga petang di Kompleks Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, Ipoh. Acara yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negeri Perak dan Esports Perak ini menampilkan enam game popular yang dipertandingkan, menjadikannya salah satu kejohanan esports terbesar di peringkat negeri pada tahun ini.

WhatsApp Image 2026-01-18 at 9.45.21 AM

Enam Pertandingan, Satu Destinasi Esports

Piala Menteri Besar Perak E-Sports 2026 menampilkan pelbagai genre permainan yang menarik minat pelbagai golongan pemain. Antara pertandingan yang berlangsung termasuklah E-Chess, E-Football, Honor of Kings, E-Racing GP, Mobile Legends: Bang Bang, dan Street Fighter. Kepelbagaian game ini membuktikan bahawa esports bukan hanya tentang satu jenis permainan, tetapi sebuah ekosistem yang merangkumi pelbagai kemahiran dan strategi.

DSC08888DSC08786DSC08877DSC08851DSC08894DSC08927

Dengan jumlah ganjaran mencecah RM18,000, pertandingan ini bukan sahaja memberikan pengiktirafan kepada atlet esports negeri Perak, malah turut membuka peluang untuk pemain muda mengembangkan bakat mereka di platform yang lebih besar. Acara bermula dengan majlis perasmian pada pukul 9 pagi, diikuti dengan pertandingan rasmi yang berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 7 petang.

Dari Peringkat Sekolah ke Pentas Negeri

Kejohanan ini menjadi bukti kepada pembangunan ekosistem esports Perak yang bermula dari peringkat akar umbi. Ramai peserta yang beraksi pada hari tersebut merupakan pemain yang telah melalui penyaringan ketat dari peringkat daerah dan sekolah. Salah seorang peserta Mobile Legends yang ditemui di lokasi event berkongsi pengalamannya yang penuh cabaran - dari 70 lebih pasukan yang bertanding di peringkat MSSD (Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah), hanya empat pasukan yang berjaya mara ke semi-final Piala Menteri Besar ini.

DSC08868DSC08884

Perjalanan panjang ini mencerminkan dedikasi dan usaha gigih para atlet muda esports yang tidak kurang hebatnya berbanding atlet sukan konvensional. Reaksi excited yang ditunjukkan oleh peserta tersebut menggambarkan betapa bermaknannya peluang untuk mewakili daerah mereka di peringkat negeri.

DSC08846DSC09001

Sokongan Keluarga: Tulang Belakang Atlet Esports

WhatsApp Image 2026-01-21 at 3.30.27 PM

Salah satu pemandangan yang menyentuh hati sepanjang acara adalah kehadiran ibu bapa dan ahli keluarga peserta yang datang untuk memberikan sokongan moral. Tidak seperti tanggapan stereotaip bahawa esports adalah aktiviti bersendirian, kejohanan ini membuktikan sebaliknya. Keluarga-keluarga ini sanggup meluangkan masa pada hujung minggu untuk menyaksikan anak-anak mereka beraksi, sama seperti bagaimana mereka akan hadir di padang bola atau dewan badminton.

DSC08783

Sokongan komuniti ini amat penting dalam membangunkan ekosistem esports yang sihat di Perak. Apabila keluarga memahami dan menyokong penglibatan anak-anak mereka dalam esports, ia membuka ruang untuk perkembangan bakat yang lebih tersusun dan positif. Suasana di venue dipenuhi dengan sorakan dan galakan, menciptakan atmosphere yang tidak berbeza dengan mana-mana acara sukan lain.


Ekosistem Sokongan: Kehadiran Strixe

DSC08746DSC08755

Kehadiran Strixe sebagai rakan merchandise menawarkan perkhidmatan pre-order jersey rasmi acara ini dan perkhidmatan printing pakaian sukan. Perkhidmatan printing custom yang ditawarkan oleh Strixe juga membuka peluang kepada pasukan-pasukan esports untuk mencipta identiti visual mereka sendiri, satu aspek penting dalam membina profesionalisme dan team branding dalam sukan elektronik.

Strixe merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur Piala Menteri Besar Perak E-Sports 2026 atas kepercayaan yang diberikan untuk turut sama menjayakan acara ini.

Impak Jangka Panjang untuk Esports Perak

Piala Menteri Besar Perak E-Sports 2026 adalah manifestasi visi Kerajaan Negeri Perak dalam mengiktiraf esports sebagai satu bidang yang legitimate dan berpotensi. Dengan penganjuran yang melibatkan Majlis Sukan Negeri Perak dan Esports Perak, acara ini meletakkan asas yang kukuh untuk pembangunan atlet esports negeri pada masa hadapan.

DSC08779DSC08899DSC08915DSC08931

Program pathway yang jelas dari peringkat sekolah (MSSD) ke peringkat negeri ini penting untuk memastikan bakat-bakat muda tidak terbiar. Ia juga memberikan matlamat yang konkrit untuk pelajar-pelajar yang serius dalam esports - ada platform untuk mereka showcase kemahiran dan bersaing secara sihat. Ini penting untuk mengubah persepsi masyarakat dan mendorong lebih ramai ibu bapa untuk menyokong anak-anak mereka dalam bidang ini.


📸 Galeri Foto: 

Lihat detik-detik menarik Piala Menteri Besar Perak E-Sports 2026 [di sini]


Nak buat jersi sukan atau pakaian korporat untuk team anda?

Strixe menawarkan perkhidmatan printing baju custom berkualiti tinggi dengan harga berpatutan. Dari jersi sukan, baju korporat, hinggalah merchandise untuk acara sekolah/rasmi - kami sedia membantu!

📍 Lokasi: Seri Manjung, Perak

📞 Hubungi kami: WhatsApp

📧 Email: strixe.info@gmail.com 


*Keywords: Piala Menteri Besar Perak Esports, esports Perak 2026, Mobile Legends tournament Malaysia, Honor of Kings Malaysia, esports Ipoh, MSN esports, jersey esports, t-shirt printing manjung*


Related products



Older post

Your cart is currently empty.
Continue shopping