PLANNER
“Susahnya kalau takde planner ni, habis terlupa tarikh tarikh penting. Mana nak cari planner yang murah murah eh?”
Haaa, tak perlu cari yang murah kalau Strixe boleh bagi percuma sahaja pada anda! Design yang simple dan mudah untuk menulis pasti membuat hari anda menjadi lebih teratur. Takperlu planner yang terlalu rumit asalkan matlamat anda dapat dicapai.
Tapi, apa pentingnya planner ni selain dari pastikan anda tidak terlepas tarikh tarikh penting? Jom kita baca dulu.
1. Menyusun keutamaan dalam kerja/aktiviti harian
Perancangan yang betul akan membantu anda menguruskan keutamaan anda satu demi satu supaya anda menjadi lebih produktif dari hari ke hari.
2.Membantu untuk fokus
Planner akan membantu kita untuk fokus terhadap satu tugas pada satu masa. Dan ia juga dapat membantu kita untuk melihat produktiviti kita pada hari tersebut dengan berapa jumlah tugasan yang sudah kita selesaikan.
3. Kurangkan rasa tertekan dan gelisah
Stress muncul dalam pelbagai bentuk. Salah satu nya adalah apabila merasa terlalu beban dengan aktiviti/kerja yang kian bertambah. Jadi dengan merancang jadual harian anda, anda akan berasa lebih teratur selain hanya mengingatinya di dalam memori dimana risiko untuk terlepas pandang tugasan lebih tinggi.
Untuk anda yang tidak biasa gunakan planner, boleh cuba planner percuma ini terlebih dahulu dan semoga ia dapat membantu sedikit sebanyak untuk mengurus aktiviti ada.
Download disini dan anda boleh mencetak untuk kegunaan harian.
https://drive.google.com/file/d/1PHkhvPI6xEmY-BlR6qz7qvcMto5m6miF/view?usp=drivesdk