• October Special
  • Combo 4 items at RM150
  • More Special! 5 items at RM200
icon-search
icon-search

Seni Batik Yang Tak Hilang Dek Waktu


Apabila kita sebut saja Batik, rata rata rakyat malaysia masih cakna mengenai seni ini. Warisan berzaman ini sewajarnya kita pelihara. Batik merupakan fenomena fesyen yang menjadi salah satu kesenian di alam Melayu. Kalau kita teliti, Batik mempunyai banyak corak corak yang berkaitan dengan alam flora dan fauna begitu juga dengan Batik Malaysia, dimana kita lebih menggunakan motif flora dan jarang menggunakan motif makhluk hidup seperti manusia dan haiwan. 

Namun begitu tema rama-rama masih banyak digunakan dalam Batik Malaysia. Batik Malaysia juga terkenal dengan rekaan geometrik. Cara penghasilan batik Malaysia agak berbeza dari batik Jawa di Indonesia iaitu coraknya lebih besar dan lebih ringkas. Warna-warna yang digunakan dalam batik Malaysia juga lebih cerah berbanding batik Jawa.

Ini sedikit sebanyak info yang boleh anda kongsikan bersama anak anak anda. Strixe juga ada menyediakan 10 set corak batik untuk dijadikan sebagai aktiviti mewarna. Template mewarna ini boleh terus diprint dan digunakan untuk mengisi masa lapang anak-anak anda. Sambil – sambil itu boleh la anda kongsikan ilmu ini agar mereka mengenali warisan kita ini. 

Ini antara contoh corak batik yang Strixe sediakan. Boleh pilih mengikut kesesuaian anak anda.

 


 

Boleh download full set di link ini ye:-

https://drive.google.com/file/d/1PhvWvuBWEg3UJ1Ihz8cDDvztCHhtEujy/view?usp=drivesdk

Sumber Artikel:-

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Batik_Malaysia

 

 

Your cart is currently empty.
Continue shopping