• October Special
  • Combo 4 items at RM150
  • More Special! 5 items at RM200
icon-search
icon-search

Apakah Polisi Privasi?

Akta Perlindungan Data Peribadi atau dikenali sebagai Personal Data Protection Act (PDPA) dijadikan garis panduan oleh Strixe untuk mengatur pemprosesan Maklumat Peribadi dalam segala transaksi. Akta ini juga digunakan oleh semua syarikat berdaftar di Malaysia berkenaan hak pengguna ke atas semua Maklumat Peribadi yang diberi kepada syarikat terbabit memproses maklumat dengan tujuan memudahkan urusan yang dibuat. Akta ini juga meminta syarikat untuk medapatkan persetujuan daripada pengguna dalam pemprosesan Maklumat Peribadi.

Polisi privasi Strixe menerangkan bagaimana pihak Strixe menggunakan dan melindungi Maklumat Peribadi pengguna yang diperolehi di laman sesawang Strixe. Polisi Privasi ini juga akan menerangkan apakah Maklumat Peribadi yang dikumpul, bagaimana maklumat yang dikumpul itu digunakan, pihak yang akan akan terlibat dalam perkongsian maklumat, bagaimana pengguna boleh ubahsuai Maklumat Peribadi yang diselenggara oleh Strixe, dan segala perubahan yang akan dibuat oleh pihak Strixe dari semasa ke semasa.

 

Maklumat Peribadi yang Pihak Strixe kumpul

Pihak Strixe akan mengumpul dan selenggara semua Maklumat Peribadi yang diberikan oleh pengguna mengikut garis panduan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Apabila pengguna berinteraksi dengan kami atas platform Strixe, kami mungkin akan mengumpul dan terima Maklumat Peribadi pengguna seperti nama, nombor telefon, nombor kad pengenalan, emel, alamat, butiran kad debit atau kredit yang didaftarkan atas platform Strixe bagi tujuan jual beli. Sebahagian dari maklumat yang dikumpul mungkin dari pelbagai jenis cara, ini termasuklah menggunakan teknologi dan cara yang belum boleh menentukan sebenar-benarnya maklumat itu kepunyaan pengguna tersebut. Maklumat tersebut termasuklah:

  • Jenis alat peranti yang digunakan pengguna, versi sistem operasi, alat peranti pengecam unik, rangkaian telefon mudah alih pengguna, alamat internet protocol (IP Address)
  • Maklumat bagaimana pengguna menggunakan platform Strixe seperti mencari institusi yang berdekatan.
  • Jumlah pengguna yang menggunakan platform Strixe
  • Diagnostik penggunaan data pengguna yang dijana dari alat peranti pengguna sendiri.

Maklumat yang dimaksudkan di atas adalah “Informasi”. Jika kami menggabungkan Informasi Peribadi dan Maklumat Peribadi, kami akan menganggap ianya adalah sebagai Maklumat dan Data Peribadi pengguna.

Dalam langkah memahami dan menyediakan servis yang lebih baik kepada pengguna, kami akan melakukan kajian ke atas pengguna berdasarkan maklumat demografi, minat dan kelakuan berdasarkan Maklumat dan Data Peribadi yang diberi oleh pengguna kepada kami. Kajian ini mungkin akan digabungkan dan dianalisis berdasarkan agregat. Kami akan berkongsi data yang kami kaji kepada Pihak Ketiga untuk menunjukkan corak penggunaan Platform Strixe di sesuatu intstitusi.

Pihak ketiga yang kami maksudkan adalah semua institusi yang ada dalam platform Strixe ialah konsultan yang membantu kami untuk berhubung dengan pelanggan, mengurus website kami, mengurus jualan, dan khidmat pelanggan.

 

Penggunaan Maklumat Peribadi yang kami kumpul

Servis dan kemas kini susulan pengguna

Pihak Strixe memerlukan maklumat dan informasi dari pengguna untuk memudahkan pengguna jika ingin membuat sebarang perubahan,atau pembatalan tuan puan di mana-mana platform. Info dan maklumat pengguna juga diperlukan supaya dapat memudahkan pihak Strixe membuat sebarang pengeluaran resit dan invois.

Pengumuman umum

Maklumat pengguna platform Strixe mungkin akan diperlukan dalam membantu pihak Strixe membuat sebarang pengumuman kepada pengguna. Pengumuman akan dibuat melalui penghantaran notifikasi kepada pengguna dan sebarang pengemas kini bagi setiap aplikasi akan diberitahu melalui aplikasi.

Pihak ketiga dan pembekal perkhidmatan

Maklumat dan Data Peribadi pengguna akan dikongsikan kepada pihak ketiga dalam menguruskan proses tempahan pengguna kepada institusi yang dipilih pengguna. Pihak ketiga ini termasuklah pihak pembangunan aplikasi untuk tujuan penyelenggaraan laman sesawang (website maintenance) dan payment gateway integration.

 

Keselamatan

Pihak Strixe sangat mementingkan keselamatan dan keselesaan pengguna Platform Strixe. Kami berusaha untuk meningkatkan tahap keselamatan sistem kami kepada tahap yang optimum dari masa ke masa demi keselesaan dan kepuasan hati pengguna kami.

Pengguna perlu faham bahawa sebarang maklumat dan data peribadi yang didedahkan adalah di bawah risiko mereka sendiri. Pihak Strixe tidak dapat bertanggungjawab atas sebarang penggunaan maklumat dan data pengguna tanpa pengetahuan pengguna dan kehilangan maklumat dan data pengguna. Adalah mustahil pihak Strixe dapat memastikan 100% data pengguna tidak akan diserang serangan yang berniat jahat seperti penggodam dan lain-lain.

 

Penstoran dan penyelenggaraan

Data pengguna akan disimpan dan diselenggara oleh pihak Strixe mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA 2010). Pengguna boleh lihat pautan di bawah bagi memeriksa dan mengetahui lebih lanjut berkenaan PDPA 2010:

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

 

Perubahan maklumat peribadi pengguna

Pengguna boleh mengubah dan mengemaskini data peribadi pengguna sama ada di laman sesawang Strixe. Pengguna juga boleh membatalkan pendaftaran dengan menghubungi pihak Strixe untuk menjelaskan sebab yang berpatutan.

 

Perubahan ke atas polisi privasi Strixe

Pihak Strixe berhak dan berkuasa untuk mengubah polisi privasi ini dari semasa ke semasa. Pengguna dinasihatkan supaya kerap melihat dan membaca polisi privasi yang disediakan pihak Strixe. Kami akan menghantar notifikasi sama ada di laman sesawang mahupun di aplikasi telefon pintar. Pihak Strixe akan memberitahu melalui notifikasi di aplikasi telefon pintar dan emel kepada mana-mana pengguna yang berdaftar dengan pihak Strixe bagi menyediakan khidmat servis yang lebih baik.  

 

Kepentingan menjaga maklumat peribadi pengguna

Pengguna hendaklah menjaga dengan berhati-hati segala maklumat peribadi yang didaftarkan di bawah platform Strixe termasuklah: kata laluan, nama, nombor telefon, nombor kad pengenalan, emel, alamat, butiran kad debit atau kredit. Langkah berjaga-jaga ini dapat mengelakkan daripada pihak ketiga memanipulasi maklumat peribadi pengguna.

Your cart is currently empty.
Continue shopping