icon-search
icon-search

SET ORIGAMI PERCUMA UNTUK ANDA

Strixe ada menyediakan set origami (PDF) secara percuma di bahagian akhir halaman ini.

1. Muat turun

2. Cetak

3. Main bersama anak-anak anda!

Sebelum itu, jom kita baca serba sedikit tentang origami, satu seni yang kian dilupakan.

Adakah kita sedar bahawa permainan yang pernah kita mainkan dahulu semakin dilupakan dan hilang bersama peredaran masa? Jika seni origami ini dikembangkan, anda boleh menghasilkan pelbagai reka bentuk yang berkemungkinan mendatangkan hasil. Jadi, sebelum kita belajar origami, jom kita selami sejarahnya terlebih dahulu.

Origami ialah seni tradisional melipat kertas untuk menghasilkan pelbagai bentuk dan figura. Salah satu prinsipnya ialah menggunakan sehelai kertas tanpa pemotongan. Kertas segi empat yang ringkas ini boleh menghasilkan bentuk yang sangat kompleks melalui beberapa siri lipatan yang teliti. Contohnya, anda boleh membuat figura burung, naga, malah bangunan.

Ada pendapat yang mengatakan teknik melipat kertas ini bermula di China, apabila kertas sering dilipat menjadi bentuk simbolik untuk upacara keagamaan dan ritual. Namun, Jepun lebih sinonim dengan origami pada zaman sekarang.

Apabila ada yang bertanya tentang apa itu origami, kebanyakan orang akan mengaitkannya dengan Jepun. Hal ini kerana seni melipat kertas ini sangat sebati dengan kehidupan masyarakat Jepun.

Di Jepun, origami digunakan dalam pelbagai konteks, daripada upacara keagamaan hingga hiburan. Nama origami juga datang daripada bahasa Jepun, iaitu ‘ori’ bermaksud melipat dan ‘gami’ bermaksud kertas.


Antara kelebihan origami ialah:

  1. Origami melatih kita mengendalikan bahan yang halus dan rumit dengan berhati-hati. Lipatan origami memahirkan tangan untuk melipat dengan sabar supaya hasilnya menjadi objek yang diingini.
  2. Origami mengajar keseimbangan dan simetri. Lipatan memerlukan latihan agar mahir dan sentiasa simetri bagi menghasilkan objek yang sempurna.
  3. Origami mengajar ilmu matematik yang berkaitan dengan geometri, seperti separuh, suku, bentuk dan saiz.
  4. Origami ialah salah satu cara mendidik anak menyiapkan sesuatu tugasan dengan tertib dan sempurna. Langkah demi langkah lipatan mesti diikuti sehingga objek siap terhasil.
  5. Prosedur yang dilalui peringkat demi peringkat secara tidak langsung mengajar disiplin dan mematuhi peraturan.
  6. Kreativiti yang terhasil daripada aktiviti melipat kertas ini mampu membentuk kemahiran dan imaginasi.
  7. Origami mempunyai bahasa pendidikan yang universal, mudah difahami dan diminati oleh orang di seluruh dunia daripada pelbagai budaya, agama dan status sosial.
  8. Origami juga boleh dijadikan aktiviti santai bersama keluarga atau rakan-rakan.


Bukan hanya kanak-kanak, tetapi semua peringkat umur boleh mendapat manfaat daripada aktiviti ini.

Di sini admin kongsikan pautan untuk memuat turun contoh origami yang boleh dibuat bersama anak-anak. Anda boleh jadikannya permulaan untuk mempelajari origami.

Lihat beberapa contoh di bawah.



Muat turun di sini, kemudian cetak dan main bersama anak-anak anda:

Muat turun set origami (PDF)

Your cart is currently empty.
Continue shopping