icon-search
icon-search
Terma & Syarat Lengkap

TERMA & SYARAT PERKHIDMATAN

⚠️ PENTING: Sebarang pembayaran yang dibuat mestilah di bawah BROCETAK TRADING (5582-9363-5173) dan pembayaran daripada nombor akaun lain tidak akan dilayan (Dahulu dikenali sebagai Strixe Ventures Sdn Bhd). Sekiranya terdapat keraguan mengenai pembelian atau nombor akaun, pelanggan boleh menghubungi Pihak Khidmat Pelanggan kami untuk pengesahan sahaja.        

1Polisi Softcopy & Hak Cipta Digital

1.1 Semua reka bentuk adalah hak milik eksklusif Strixe Ventures Sdn Bhd dan dilindungi di bawah Akta Hak Cipta 1987.
1.2 Pembelian sebarang pakej tidak merangkumi pemilikan fail digital (softcopy).
1.3 Softcopy tidak akan diberikan kecuali setelah pembelian Design Release Fee bernilai antara RM250 hingga RM500, tertakluk kepada jenis reka bentuk.
1.4 Sebarang penggunaan reka bentuk untuk dicetak atau dikeluarkan di pihak lain tanpa kebenaran bertulis adalah pelanggaran undang-undang hak cipta.
1.5 Pihak syarikat berhak mengambil tindakan undang-undang atau menuntut pampasan komersial sekiranya berlaku pelanggaran.
1.6 Sebarang tindakan screenshot, penyalinan, pengubahsuaian atau pengedaran reka bentuk tanpa kebenaran adalah dilarang sama sekali.
1.7 Semua fail reka bentuk berhak ditahan sepenuhnya sehingga bayaran diselesaikan.

2Terma & Syarat Rekaan Design

2.1 Setiap tempahan layak mendapat 3 kali perubahan rekaan. Perubahan seterusnya akan dikenakan caj RM10 bagi setiap perubahan.
2.2 Perubahan yang dibenarkan hanyalah perubahan minor daripada rekaan yang telah direka.
(contoh: pertukaran warna asas, kedudukan elemen atau pelarasan kecil sahaja).
2.3 Setelah pelanggan bersetuju untuk meneruskan (proceed) dengan rekaan, proses design akan diteruskan tertakluk kepada semua terma & syarat yang dinyatakan.
2.4 Sekiranya pelanggan tidak meneruskan rekaan, caj design adalah tidak dikembalikan (non-refundable).
2.5 Masa pemprosesan adalah seperti yang dinyatakan dalam setiap pakej. Kelewatan di luar kawalan syarikat (termasuk Force Majeure) tidak menjadikan pesanan tidak sah atau layak untuk pembayaran balik.
2.6 Pelanggan wajib menyemak segala artwork, maklumat tempahan, saiz, warna dan lain-lain maklumat yang penting. Kami tidak bertanggungjawab sekiranya pelanggan "approve" dan kami telah proceed ke bahagian percetakan atau bahagian lain.
2.7 Kami tidak bertanggungjawab sekiranya pelanggan memberi ejaan nama yang salah untuk kami print/sulam.

3Terma Pembayaran

3.1 Pembayaran penuh dikehendaki sebelum sebarang kerja dimulakan, melainkan dinyatakan sebaliknya.
3.2 Untuk item pre-order, sekurang-kurangnya 70% deposit dari jumlah pembayaran diperlukan agar kami dapat meneruskan pesanan item pre-order tersebut.
3.3 Item pelanggan deposit hanya akan dikeluarkan untuk pengeposan setelah pembayaran penuh dibuat.
3.4 Tempoh untuk menjelaskan baki bayaran ialah 30 hari selepas tarikh penghantaran pre-order. Kami tidak bertanggungjawab atas kehilangan/kerosakan barang selepas tempoh waktu tersebut.
3.5 Pelanggan bersetuju bahawa tiada bayaran balik (non-refundable) akan diberikan setelah kerja bermula atau rekaan dihantar untuk semakan.
3.6 Sebarang baki pembayaran akan dimasukkan ke dalam bungkusan atau dipindahkan secara langsung ke dalam akaun pelanggan.
3.7 Pemulangan sebarang pembayaran dari pihak kami hanya akan dibuat pada 15hb dan 30hb sahaja. Diharapkan pelanggan yang dihormati dapat bersabar dan mengikuti prosedur yang telah ditetapkan.

4Terma Saiz & Produk Pakaian

4.1 Size bagi semua baju ialah mengikut size Asia. Sila rujuk "sizing chart" yang diberikan di whatsapp oleh pihak kami.
4.2 Kami tidak bertanggungjawab sekiranya pelanggan salah order/salah ukur saiz baju selepas pembayaran deposit atau bayaran penuh.
4.3 Sebarang pertukaran saiz selepas pembayaran deposit atau bayaran penuh selepas 24 jam tidak akan dilayan.
4.4 Kami akan bantu untuk tukar baju anda sekiranya ada stock lebih pada pihak kami dan caj penghantaran semula akan dikenakan/caj buka sulam nama jika diperlukan.
4.5 Pelanggan boleh mengunjungi ke kedai kami untuk mendapatkan sampel produk. (Bergantung pada stok dan saiz yang ada)

5Penghantaran & Pengeposan

5.1 Penghantaran barang melalui kurier (Skynet/J&T/CityLink) dan mengambil barang yang dibeli di kedai (pengambilan) sahaja. Kami tidak menyediakan Cash On Delivery (COD).
5.2 Sila "alert" dengan tarikh postage yang dijadualkan. Kami tidak akan menerima sebarang permintaan untuk mengawalkan tarikh penghantaran.
5.3 Waktu pengeposan dibuat pada tengah hari pada hari bekerja sahaja dan nombor tracking akan diberikan setelah item tersebut dipos.
5.4 Item yang dipos akan tiba 1-7 hari bekerja bergantung pada kurier. Sekiranya terdapat kelewatan atau penghantaran dibuat lebih awal dari pihak kami, kami akan memberitahu pelanggan dengan segera.
5.5 Sekiranya "Tracking Number Not Found" setelah penghantaran dibuat, pelanggan perlu menunggu sistem yang dikemas kini dari pihak kurier. Sekiranya tidak ada perubahan selepas 2 hari, pelanggan perlu menghubungi pihak kurier tersebut.
5.6 Syarikat tidak bertanggungjawab terhadap kerosakan, kehilangan atau kelewatan yang disebabkan oleh syarikat penghantaran pihak ketiga.
5.7 Pelanggan diwajibkan memeriksa produk semasa penerimaan. Sebarang aduan selepas penerimaan tidak akan dilayan.
5.8 Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya produk tersebut tidak diterima oleh pelanggan semasa hari penghantaran. Sekiranya barang return kepada kami, kami akan kenakan charge postage untuk pos semula tempahan anda.
5.9 Sekiranya terdapat kesilapan semasa pengeposan dari pihak kami, semua caj postage akan ditanggung sepenuhnya.

6Perubahan & Pertambahan Pesanan

6.1 Pertukaran tempahan/maklumat selepas deposit akan dikenakan charge sebanyak RM15 (Skynet/J&T/CityLink).
6.2 Sebarang pertambahan order selepas tarikh tutup dan deposit akan terima lebih lewat dari tarikh postage kerana ini akan masuk ke proses batch seterusnya.

7Polisi Pembatalan & Pengembalian

7.1 Pembatalan pesanan hanya boleh dibuat sebelum kerja bermula. Tiada bayaran balik akan diberikan setelah proses rekaan dimulakan.
7.2 Produk yang telah dicetak atau dihasilkan adalah tidak boleh dibatalkan dan tidak boleh dikembalikan.
7.3 Sekiranya produk rosak akibat kesilapan pengeluaran syarikat, pelanggan boleh memohon penggantian dengan menyediakan bukti visual dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan.
7.4 Jika ada kehabisan stok atas sebab-sebab tertentu, pihak kami akan memaklumkan kepada pelanggan terlebih dahulu sebelum meneruskan penghantaran. Dan pihak kami berhak mencadangkan sebarang pertukaran kepada pelanggan.
7.5 Sebarang ganti rugi hanya akan dibuat sekiranya terdapat kerosakan atau ketiadaan barangan berlaku kepada pelanggan.
7.6 Sebarang pemulangan pembayaran hanya akan dibuat setelah pihak kami menerima barang yang mesti dikembalikan dalam keadaan baik.

8Liabiliti & Pengecualian

8.1 Syarikat tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, kerosakan atau kehilangan keuntungan akibat penggunaan perkhidmatan atau produk kami.
8.2 Liabiliti maksimum syarikat adalah terhad kepada jumlah yang dibayar oleh pelanggan untuk produk atau perkhidmatan berkenaan.
8.3 Pelanggan bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan maklumat yang diberikan adalah tepat. Syarikat tidak bertanggungjawab terhadap kesilapan akibat maklumat yang salah daripada pelanggan.

9Hak Cipta Kandungan Pelanggan

9.1 Pelanggan menjamin bahawa semua kandungan, logo, imej atau teks yang dibekalkan adalah milik mereka atau mereka mempunyai kebenaran untuk menggunakannya.
9.2 Pelanggan bersetuju untuk menanggung rugi (indemnify) syarikat terhadap sebarang tuntutan hak cipta atau harta intelek yang timbul daripada kandungan yang mereka sediakan.

10Penggunaan Portfolio & Hak Promosi

10.1 Syarikat berhak menggunakan semua reka bentuk yang dihasilkan untuk tujuan portfolio, promosi dan pemasaran di media sosial, laman web atau platform lain, melainkan pelanggan membuat permintaan bertulis untuk pengecualian.

11Undang-Undang yang Berkenaan

11.1 Terma & syarat ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia.
11.2 Sebarang pertikaian akan diselesaikan di mahkamah Malaysia yang mempunyai bidang kuasa.

12Penerimaan Terma

12.1 Dengan membuat tempahan atau pembelian, pelanggan bersetuju mematuhi semua terma & syarat yang dinyatakan di sini dan di laman web rasmi.
12.2 Syarikat berhak mengemas kini terma & syarat pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
📋 Nota Penting: Sila baca semua terma & syarat dengan teliti sebelum membuat sebarang tempahan. Dengan meneruskan pembelian, anda bersetuju untuk mematuhi semua terma yang dinyatakan.
Your cart is currently empty.
Continue shopping