• October Special
  • Combo 4 items at RM150
  • More Special! 5 items at RM200
icon-search
icon-search

IKIGAI – Konsep Kehidupan Dalam Budaya Jepun


Mesti ada yang pertama kali mendengar konsep Ikigai ini, bukan? Daripada perkataan Ikigai itu saja, kita boleh agak yang ianya adalah perkataan dari Jepun. Buku Ikigai: The Japanese Secret to A Long and Happy Life, yang ditulis oleh Héctor García dan Francesc Miralles, telah banyak terjual di antarabangsa dan sejak itu konsep Ikigai ini diterapkan oleh ramai orang bukan sahaja di Jepun, malah di negara negara luar juga tidak terlepas juga di negara kita. Konsep Ikigai yang menjelaskan tentang tujuan dalam hidup  yang membuat diri merasa bermakna dan bersemangat. Mungkin ada suatu saat dimana kita tidak bersemangat untuk bangun pagi, atau merasa bosan dengan rutin yang sama dan merasa hidup tiada makna.

Seseorang yang menerapkan Ikigai akan tahu alasan mereka untuk bangun pagi kerana mereka ada harapan dan matlamat yang perlu diperjuangkan. Alasan seseorang untuk bangun di pagi hari tidak semestinya untuk sesuatu hal yang besar. Terkadang dari hal-hal kecil dan sederhana, kita menemukan makna kebahagian. Sebagai contohnya, menikmati matahari terbit, memasak untuk keluarga atau hal hal yang tanpa kita sedari dapat membuat hati kita bersemangat dan bahagia ketika melakukannya. 

Secara amnya, Ikigai terbahagi kepada 4 komponen utama iaitu:-

  1. Perkara yang anda suka (what you love?)
  2. Perkara yang anda mahir (what you are good at?)
  3. Apa yang dunia perlukan (What the world needs?)
  4. Perkara yang anda dibayar untuk membuatnya (What you can be paid for?)

Bagi mencapai Ikigai ini, anda perlu memastikan 4 komponen ini lengkap tetapi ia tidak semudah yang disangka lebih lebih lagi apabila ia memerlukan anda meluangkan masa untuk mengenali diri anda terlebih dahulu. Sukar tidak bermakna mustahil. Anda boleh bermula dengan Ikigai yang kecil kecil dahulu daripada terus memberi tumpuan kepada Ikigai yang besar. 

Kenapa konsep Ikigai ini perlu diterapkan dalam kehidupan kita? Apakah manfaat nya?

Bagaimana caranya untuk kita mencari Ikigai? 


Jawapannya ada pada ebook ini. Untuk memahami lebih mendalam lagi, anda boleh memuat turun ebook percuma pada link dibawah:-

https://drive.google.com/file/d/13wymK1RqzFpLJwmk2Fwoq2ZIDkiZHsid/view?usp=drivesdk


Your cart is currently empty.
Continue shopping