icon-search
icon-search

Di Sebalik Kejayaan MSSD Manjung E-Sport: Peranan Penting Warga Pendidik

Di Sebalik Kejayaan MSSD Manjung E-Sport: Peranan Penting Warga Pendidik

Pertandingan E-Sukan MSSD Manjung yang berlangsung pada 12 Oktober 2025 di Dewan Boestaman, SMK Ahmad Boestamam, Sitiawan telah menyaksikan penyertaan 25 buah sekolah menengah dan rendah seluruh daerah dalam permainan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB). Pertandingan yang mempertandingkan tiga kategori iaitu Bawah 12, Bawah 15 dan Bawah 18 Tahun ini berlangsung dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

DSC06997

Suasana Pertandingan

DSC06999DSC07031

Suasana di dalam dewan cukup meriah dengan kehadiran ramai peserta dari pelbagai sekolah. Beberapa station pertandingan disediakan untuk membolehkan perlawanan berlangsung serentak mengikut kategori masing-masing. Pelajar-pelajar kelihatan fokus dan serius semasa bertanding, mencerminkan semangat kompetitif yang sihat dalam kalangan generasi muda.

DSC07021DSC07035DSC07058DSC07072DSC07074DSC07076DSC07078
DSC07190

Para officials dan guru pengiring sibuk memastikan setiap pusingan berjalan lancar sepanjang hari. Pertandingan peringkat daerah seperti ini memerlukan penyelarasan rapi antara pendaftaran peserta, pengurusan teknikal, dan jadual pertandingan yang ketat.

DSC07027DSC07030DSC07091

DSC07176DSC07179DSC07201DSC07205


E-Sport Sebagai Platform Pembangunan Pelajar

E-sport kini bukan lagi sekadar hiburan, malah telah diiktiraf sebagai platform yang dapat melahirkan pelajar berdisiplin dan berdaya saing. Menurut post Facebook Pejabat Penerangan Daerah Manjung, Muhammad Farhan Bin Mohd Yusoff, PTPS E-Sports Daerah Manjung menyatakan harapan beliau supaya lebih ramai pelajar akan menyertai pertandingan ini di masa hadapan.

Mohd Hanif Bin Tadkiran, PTPS E-Sports Negeri Perak pula berkongsi bahawa e-sport menjadi salah satu hobi atau hiburan kepada pelajar dan dapat mengurangkan gejala sosial serta membuka peluang kerjaya apabila mereka tamat persekolahan.

Dalam ucapan penutup, Mohd Isa Bin Mohd Tahir, Penolong PPD Pembangunan Bakat Murid berkata pertandingan ini menggalakkan kerjasama, strategi dan disiplin dalam kalangan pelajar serta membantu mereka lebih fokus dalam akademik dan kokurikulum.

DSC07071
DSC07198DSC07214DSC07215


Keputusan Pertandingan

Bawah 12 Tahun:

WhatsApp Image 2025-10-13 at 11.15.45 AM

  • Johan: SK Methodist (ACS) Sitiawan
  • Naib Johan: SK Seri Selamat


    Bawah 15 Tahun:

    WhatsApp Image 2025-10-13 at 11.15.43 AM

    • Johan: SMK Pantai Remis
    • Naib Johan: SMK Seri Manjung


    Bawah 18 Tahun:

    WhatsApp Image 2025-10-13 at 11.15.43 AM (1)

    • Johan: SMK Seri Manjung
    • Naib Johan: SMK Ambrose


    Tahniah kepada semua pemenang dan peserta yang telah memberikan persembahan terbaik mereka.


    Sokongan Strixe untuk MSSD E-Sport Manjung

    DSC07119

    Strixe berbangga dapat menyokong pertandingan ini melalui penyediaan jersi rasmi untuk pasukan pengurusan dan officials. Kami percaya peranan warga pendidik amat penting dalam menjayakan setiap program sebegini.

    DSC06998

    Strixe turut hadir dengan booth di lokasi pertandingan, menawarkan pre-order jersi MSSD Manjung E-Sport dalam tiga design eksklusif – Nitro Series, Inferno Series, dan Phantom Series. Pengunjung juga berpeluang mendapatkan button badge MSSD E-Sport, custom keychain nama, dan koleksi jersi clearance.

    DSC06995DSC06996DSC07127DSC07130

    Kehadiran kami bukan sekadar perniagaan, tetapi satu bentuk sokongan kepada komuniti pendidikan dan ekosistem e-sport yang sedang berkembang di Malaysia. Strixe komited untuk terus menyokong warga pendidik dalam setiap aktiviti yang memberi manfaat kepada pelajar.

    DSC07139DSC07141

    Sekali lagi, kami berterima kasih kepada Pejabat Pendidikan Daerah Manjung dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini.


    Galeri Foto Momen Pertandingan

    Tekan link untuk lihat galeri penuh semasa pertandingan:
    MSSD E-Sport Manjung 121025



    Older post

    Your cart is currently empty.
    Continue shopping