Mengapa Pemilihan Saiz Baju Korporat Sangat Penting?
Pemilihan saiz yang tepat untuk baju korporat bukanlah perkara mudah seperti yang disangka. Berbeza dengan pakaian kasual, baju korporat memerlukan ketepatan saiz yang lebih tinggi kerana digunakan dalam persekitaran profesional dan mewakili imej syarikat anda.
Video Panduan: Cara Mengukur Saiz Baju Korporat Dengan Betul
Tonton video-video di bawah untuk panduan lengkap cara mengukur sebelum memilih saiz baju korporat anda.
- Video 1 - Cara mengukur saiz baju korporat anda yang sedia ada
- Video 2 - Cara mengukur baju korporat Strixe (Men Short Sleeve)
- Video 2 - Cara mengukur baju korporat Strixe (Long Ladies Sleeve)
Contoh Baju Korporat Saiz M, Men Short Sleeve
Contoh Baju Korporat Long Ladies Saiz XL (Kiri), Muslimah Saiz S (Kanan)
Perbezaan Material Yang Perlu Difahami
Baju korporat Strixe diperbuat daripada bahan polytwill berkualiti tinggi. Polytwill adalah sejenis kain yang menggabungkan kekuatan polyester dengan anyaman khusus, menghasilkan material yang tahan lasak tetapi mempunyai kemampuan regangan yang sangat terhad.
- Perbezaan Material: Microfiber Eyelet vs Polytwill
Kiri: Kain polytwill tidak meregang
Kanan: Kain Microfibre Eyelet boleh meregang
- Material Microfibre Eyelet: Boleh meregang dan mengikut bentuk badan
- Material Polytwill Struktur yang lebih rigid, tidak meregang seperti microfibre eyelet
- Implikasi: Jika pilih ikut saiz t-shirt yang biasa dipakai, berkemungkinan baju akan nampak ketat dan kurang selesa
3 Langkah Mudah Pilih Saiz Yang Tepat
Langkah 1: Ambil Ukuran Yang Betul
Ukur tiga bahagian utama badan anda:
- Dada/Chest
- Pinggang
- Pinggul
Langkah 2: Tentukan Ukuran Terbesar
- Bandingkan ketiga-tiga ukuran tersebut dan pilih yang paling besar sebagai panduan utama.
Langkah 3: Rujuk Jadual Saiz dan Pilih
Jadual Ukuran Saiz Baju Korporat Standard Strixe
PENTING: Ukuran dalam jadual adalah SEPARUH ukuran (Half Measurement)
- Untuk mendapat ukuran penuh badan anda, DARAB DUA ukuran dalam jadual
- Contoh: Saiz M chest 21" = ukuran penuh dada 42"
- ⚠️ TOLERANCE: Ukuran sebenar baju boleh berbeza ±1-2 inci daripada size chart disebabkan proses jahitan dan fabrik
Contoh Praktikal:
Contoh Lelaki:
Encik Ahmad (ada perut): Dada 22 inci, Pinggang 24 inci
→ Ikut pinggang (24 inci) → Pilih XXL untuk keselesaan
Contoh Wanita:
Puan Siti mengukur: Dada 19 inci, Pinggang 18 inci, Pinggul 23 inci
→ Ikut pinggul (24 inci) → Pilih M untuk keselesaan
Testimoni Pelanggan Strixe
Testimoni daripada organisasi awam dan swasta bersama baju korporat Strixe
Panduan Khas Untuk Bentuk Badan Unik
Setiap individu mempunyai bentuk badan yang unik. Memandangkan baju ready-made berbeza dengan baju tempahan khas (tailor-made), berikut adalah panduan tambahan untuk memastikan pilihan saiz yang optimum:
Pilihan Fitting Mengikut Keutamaan:
Fitting Ngam (Perfect Fit):
- Pilih saiz tepat mengikut ukuran terbesar anda
- Sesuai untuk persekitaran kerja formal
Fitting Selesa (Comfortable Fit):
- Tambah 2.5-5cm (1-2 inci) pada ukuran terbesar
- Sesuai untuk kerja yang memerlukan pergerakan aktif
Fitting Longgar (Relaxed Fit):
- Naik 1 saiz daripada ukuran terbesar
- Sesuai untuk individu yang mengutamakan keselesaan maksimum
Contoh Kes Sebenar:
Pelanggan berketinggian 152cm memakai baju korporat saiz XL: Lengan kelihatan agak labuh, baju kelihatan seperti mini dress kerana perbezaan ketinggian badan
Kedua-dua pelanggan pilih saiz S muslimah Kiri: Ketinggian 158cm - panjang lengan sesuai | Kanan: Ketinggian 168cm - lengan nampak pendek/senteng
Kesilapan Yang Perlu Dielakkan:
- Pilih saiz mengikut saiz t-shirt biasa - Material dan bentuk potongan berbeza dengan t-shirt
- Menganggap saiz ready-made sama dengan saiz tailor-made - Baju ready-made dibuat berdasarkan jadual saiz standard, bukan mengikut bentuk badan individu
- Pilih saiz yang fit atau muat-muat - Material polytwill tidak meregang seperti kain biasa
- Tidak mengambil kira aktiviti kerja - Kerja yang aktif memerlukan ruang pergerakan yang mencukupi
Soalan Lazim (FAQ)
Q: Bagaimana jika saya berada di antara dua saiz?
A: Pilih 1 saiz lebih besar. Material polytwill tidak meregang, jadi lebih baik longgar sedikit daripada terlalu ketat.
Q: Adakah material baju akan mudah mengecut bila dibasuh?
A: Polytwill mempunyai struktur yang stabil dan tidak akan mengecut dengan mudah walaupun dibasuh dengan air panas.
Q: Bagaimana untuk individu yang mempunyai perut besar tetapi dada kecil?**
A: Ikut ukuran yang lebih besar antara dada dan pinggang, kemudian pertimbangkan tailoring minor jika perlu.
Q: Ada perbezaan saiz antara model lelaki dan wanita?**
A: Ya, cutting wanita direka khusus untuk bentuk badan wanita dengan ruang yang sesuai di bahagian dada dan pinggang.
Q: Bolehkah saya tukar saiz selepas terima baju?
A: Baju kami dibuat mengikut tempahan tanpa stok sedia ada. Pertukaran saiz memerlukan 6-8 minggu (pengeluaran baru dari kilang) dan HANYA untuk:
- Ukuran melebihi tolerance ±2 inci dari size chart
- Kecacatan jahitan atau material
Pertukaran tidak dibenarkan untuk salah pilih saiz atau perubahan fikiran.
Masih Memerlukan Bantuan?
Memilih saiz baju korporat yang tepat adalah pelaburan untuk penampilan profesional anda.
Jika masih tidak pasti dengan pilihan saiz, sila hubungi pasukan Strixe. Sertakan ukuran lengkap badan anda untuk panduan yang lebih tepat.
Kami komited memastikan setiap pelanggan mendapat baju korporat yang sesuai. Pengalaman bertahun-tahun membolehkan kami memberikan nasihat tepat untuk keperluan anda.
⚠️ Makluman Penting ⚠️
Terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan design dan testimoni Strixe untuk menipu pelanggan.
Pastikan Ejen Rasmi Strixe:
✅ Menggunakan akaun bank Maybank atas nama Strixe Ventures Sdn Bhd untuk sebarang transaksi.
✅ WhatsApp DP ada logo rasmi Strixe
⚠️ Scammer biasanya guna akaun bank peribadi dan menggunakan Whatsapp DP gambar orang / cartoon AI generated. Jika ragu-ragu, sila verify melalui saluran rasmi kami: