Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah telah menganjurkan Karnival & Majlis Apresiasi Pendidikan Digital Daerah Perak Tengah 2025/2026 pada 24 Januari 2026 bertempat di Dewan Serbaguna Seri Iskandar. Program yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang ini dirasmikan oleh YB Dato' Khairudin Bin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia Dan Sukan Negeri Perak.

Objektif Program
Majlis apresiasi ini diadakan bagi mengiktiraf dan menghargai sumbangan warga pendidik dalam merealisasikan agenda transformasi pendidikan digital di Daerah Perak Tengah. Program ini turut menjadi platform untuk memperlihatkan pencapaian dan inovasi yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2025/2026.
Aktiviti dan Slot Program
Karnival ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik yang menyokong ekosistem pendidikan digital, antaranya:


- Reruai Inovasi Pendidikan - Program ini memaparkan Reruai Inovasi Pendidikan Robotik & Dron yang membolehkan peserta melihat sendiri inovasi terkini dalam bidang pendidikan STEM. Pengunjung dapat merasai pengalaman hands-on melalui aktiviti Digital Murid yang telah disediakan.
- Pameran Agensi & Strategik - Pelbagai pameran telah dianjurkan melibatkan agensi dan rakan strategik pendidikan bagi mempamerkan perkongsian idea dan pendekatan terbaik dalam melaksanakan transformasi digital di sekolah.
- Pemeriksaan Kesihatan - Keprihatinan terhadap kesejahteraan warga pendidik turut diberi perhatian melalui aktiviti pemeriksaan kesihatan yang disediakan khusus untuk keluarga dan anak-anak.
- Jualan Rahmah - Untuk memeriahkan suasana karnival, food truck jualan rahmah turut beroperasi sepanjang program memberikan kemudahan kepada pengunjung untuk mendapatkan hidangan pada harga berpatutan.








Tentatif Majlis Apresiasi
Sesi karnival bermula dengan pendaftaran peserta diikuti dengan beberapa slot persembahan daripada pelajar sekolah termasuk tarian dan nyanyian. Program turut menampilkan perkongsian ikon pencipta dan forum penting bertajuk "Bersedia untuk 2026: Bicara Halatuju Pendidikan Digital Dasar ke Pelaksanaan Menjelang 2026". Waktu rehat dan makan tengah hari disediakan dari jam 1.00 hingga 2.00 petang.



Pada sesi petang majlis apresiasi bermula semula dengan ketibaan YB Dato' Khairudin Bin Abu Hanipah yang turut membuat lawatan reruai. Majlis rasmi dimulakan dengan menyanyikan Lagu Negaraku, bacaan ikrar dan doa. Tayangan video pencapaian pendidikan digital dipersembahkan diikuti dengan ucapan perasmian dan penyampaian anugerah kepada warga pendidik dan pelajar cemerlang. Program bersurai pada jam 5.00 petang.







Penyertaan Reruai
Sebanyak 38 reruai telah dibuka sepanjang program ini melibatkan pelbagai institusi pendidikan dan syarikat yang menyokong agenda pendidikan digital. Antara peserta reruai ialah SK Seberang Perak, UiTM, IKEN, Kolej Vokasional, MGnius, dan ramai lagi. Penyertaan reruai yang begitu menggalakkan menunjukkan komitmen tinggi komuniti pendidikan dalam memacu transformasi digital di Perak Tengah.
Strixe di Karnival Pendidikan Digital

Strixe turut dijemput untuk menyertai reruai di Karnival & Majlis Apresiasi Pendidikan Digital ini. Jemputan ini diterima hasil daripada penyertaan Strixe sebelum ini di Pertandingan Pickleball PPD Perak Tengah 2026.


Di booth Strixe, pengunjung dapat membeli baju jersi clearance dengan pelbagai pilihan pada harga istimewa. Selain itu, pelbagai jenis button badge dan custom keychain ring turut ditawarkan untuk memenuhi keperluan cenderahati dan aksesori peribadi.




Strixe juga mengambil peluang ini untuk membuat service awareness dengan menyediakan paparan khusus bagi perkhidmatan baju korporat dan jersi sublimation. Pengunjung dapat melihat sendiri kualiti dan variasi produk yang ditawarkan termasuk pilihan customization yang sesuai untuk kegunaan sekolah, organisasi mahupun acara khas.




Penutup & Penghargaan
Karnival & Majlis Apresiasi Pendidikan Digital Daerah Perak Tengah 2025/2026 berjaya meraikan pencapaian dan usaha gigih warga pendidik dalam menerajui agenda transformasi digital. Program ini bukan sahaja menjadi wadah penghargaan, malah membuka ruang perkongsian ilmu dan inovasi untuk terus memperkasakan pendidikan digital ke arah kecemerlangan 2026.
Strixe ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Azlan Bin Osman, Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah atas peluang dan kepercayaan yang diberikan untuk menyertai program ini. Sokongan dan galakan beliau terhadap usahawan tempatan amat bermakna dan membuka ruang untuk Strixe terus menyumbang kepada ekosistem pendidikan di Perak Tengah.
Galeri Foto Program
Untuk lihat lebih banyak gambar dan momen-momen istimewa sepanjang karnival, layari galeri penuh kami
[Link Google Drive -Karnival Apresiasi Perak Tengah 2026]
*Strixe menawarkan perkhidmatan printing baju custom berkualiti tinggi dengan harga berpatutan. Dari jersi sukan, baju korporat, hinggalah merchandise untuk acara sekolah - kami sedia membantu!
📍 Lokasi: Seri Manjung, Perak
📞 Hubungi kami: WhatsApp
📧 Email: strixe.info@gmail.com