• October Special
  • Combo 4 items at RM150
  • More Special! 5 items at RM200
icon-search
icon-search

Merentas Desa

Merentas Desa

Kejohanan Merentas Desa merupakan satu acara wajib dijalankan di sekolah. Merentas desa ini merupakan acara tahunan di sekolah malahan merupakan sukan yang amat mudah dan boleh disertai oleh semua murid. Ia juga dapat memberikan peluang kepada murid-murid untuk terlibat dalam sukan semasa hayat mereka di bangku persekolahan. 

Peserta akan berlari mengikut laluan yang telah ditetapkan. Laluan ini mungkin termasuk permukaan rumput, melalui hutan dan kawasan desa yang terbentang, termasuk bukit, tanah rata dan kadang jalan berkerikil. Pelari-pelari boleh bertanding secara individu atau dalam pasukan. Satu larian boleh mengandungi kedua-dua jenis pertandingan. Jarak yang dipertandingkan ditetapkan oleh pihak penganjur. Untuk memastikan skor pasukan, selepas larian perlumbaan,kedudukan ahli-ahli setiap pasukan akan dikira dan dijumlahkan. Pasukan yang mendapat jumlah terbaik akan diistiharkan sebagai pemenang. Jikalau berlaku seri,pelari akhir dari pasukan yang mendahului pelari-pelari terakhir pasukan lain.

Antara objektif merentas desa adalah untuk:-

  1. Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan bagi membentuk individu yang cergas.
  2. Mendidik murid mengamalkan semangat berpasukan dan menjaga keharmonian sesuatu acara yang dipertandingankan.
  3. Mengukuhkan potensi murid dalam semua aspek terutamanya dari segi mental, fizikal, rohani, emosi dan intelek agar menjadi insan yang cemerlang,
  4. Memenuhi takwim sekolah untuk mengadakan kejohanan merentas desa sebagai acara tahunan.

Syarat-syarat untuk melaksanakan aktiviti merentas desa ini juga berbeza mengikut peringkat umur. Kategori ini diguna pakai sekiranya aktiviti diadakan di peringkat sekolah sahaja. 

Untuk aktiviti kejohanan merentas desa, jaraknya akan sedikit berbeza dari gambar di atas. Tetapi jarak yang disarankan masih mengikut peraturan yang telah ditetapkan. 

 

Tips Kesihatan dan Keselamatan Merentas Desa 

Banyak sekolah sedang mengadakan program Merentas Desa. Berhati-hati, sentiasa utamakan kesihatan dan keselamatan pelajar. Terdedah kepada cuaca panas boleh akibatkan strok haba. Dan berikut merupakan antara simpton simpton strok haba:-

  • Suhu badan meningkat 39 degree celcius
  • Tidak berpeluh
  • Lesu dan terus pengsan
  • Tekanan darah rendah
  • Degupan jantung laju

Sekiranya simpton simpton ini dapat dikesan lebih awal, para penganjur boleh dapatkan rawatan dengan kadar segera bagi mengelakkan daripada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Disini juga ada beberapa tips yang diperlukan oleh pelajar untuk memastikan stamina mereka kekal sehingga ke garisan penamat. 

Untuk tips yang pertama, biarkan bahu dalam keadaan tenang semasa berlari. Sebenarnya semasa lari, para pelajar digalakkan untuk tidak berfikir secara berterusan malah perlu membiarkan otak berada dalam keadaan rehat. Apabila berfikir terlalu banyak, maka badan secara automatik akan memberi respons negatif dan tanpa sedar telah menggunakan banyak tenaga. Para pelajar perlu elakkan guna tenaga yang banyak di bahagian atas badan seperti menggenggam tangan. Oleh itu semasa larian, pelajar mestilah membiarkan tangan dan bahu dalam keadaan relaks.

Yang kedua, iaitu menjaga bentuk badan semasa larian. Kadang-kadang secara tidak sedar, bentuk badan kita akan membongkok dan perkara itu akan memberi kesan kepada badan. Dalam masa yang sama, tangan perlu diayunkan dalam keadaan tenang dan pastikan badan tidak membongkok.

Yang ketiga, elakkan dari nafas tercungap-cungap. Seeloknya tarik nafas menggunakan hidung dan hembus melalui mulut. Ini untuk memastikan sistem pernafasan kita lancar seiring dengan larian kita.

Kemudian tips terakhir ialah menegakkan dada semasa berlari. Sekiranya membongkok, oksigen tidak akan diterima dengan banyak membuatkan badan akan cepat letih. Bukan sahaja badan penat malah ia juga memberi kesan kepada pinggang hingga ia menjadi letih.

Tips ini juga boleh digunakan ketika kita sedang berlari atau berjogging untuk beriadah. Semoga tips tips ini bermanfaat untuk pembaca Strixe.

 

Sumber Artikel:-

  1. http://hasrinahasimi.blogspot.com/2016/02/gaduh.html?m=1
  2. https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/koksmktm/merentas-desa

 

 



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping