• October Special
  • Combo 4 items at RM150
  • More Special! 5 items at RM200
icon-search
icon-search

Strixe Widuri Series Inspirasi Kebaya Nyonya

Strixe Widuri Series Inspirasi Kebaya Nyonya
Tahukah anda kebaya nyonya merupakan pakaian yang masih dipakai oleh masyarakat Malaysia sehingga ke hari ini disebabkan oleh keunikan serta perincian pada setiap sulaman ?
Sejarah bermula sejak era zaman kegemilangan ataupun kebangkitan kerajaan Melayu Melaka. Pengaruh budaya Melayu dan Cina disatukan maka lahirlah kebaya nyonya.

WhatsApp Image 2024-06-23 at 09.45.47

Untuk makluman , terdapat tiga jenis sulaman asli bagi kebaya nyonya iaitu :
✅ Sulaman Goyang Asli
Tempoh untuk siap dalam 7 bulan hingga ke 12 bulan menggunakan mesin. Hanya dibuat jika mendapat tempahan dan kosnya agak mahal.
✅ Sulaman Tangan
Tempoh untuk siap dalam 4 bulan hingga ke 7 bulan menggunakan tangan. Corak sulaman hanya pada luaran baju sahaja. Dan semestinya jika lebih rumit maka masa yang diperlukan lebih lama.
✅ Sulaman berkomputer
Lebih murah dan tidak tahan lama. 
Selain itu , motif bunga yang sering menjadi inspirasi dalam menghasilkan ialah seperti bunga :-
🌷 Bunga Ros
🌷 Bunga Matahari
🌷 Bunga Tulip
Motif haiwan pula seperti :-
❤️ Naga
❤️ Rama-rama
❤️ Ikan Emas
❤️ Hidupan laut
Strixe mengambil inisiatif untuk menghasilkan Strixe Widuri Series yang lebih sesuai untuk pelanggan yang beragama Islam. Hanya motif bunga diselitkan didalam corak. 
Namun , cara susun atur , idea , emosi terinspirasi dari keindahan kebaya nyonya sepenuhnya. 
Terdapat juga elemen kipas diselitkan dalam corak baju. Istimewa kan ?

Shine

Strixe berharap dengan pelancaran Strixe Widuri Series ini mengangkat seni warisan asli tanah air kita ini sebaris dengan fesyen moden.

Sekali lagi Strixe menghasilkan baju korporat menggunakan teknologi moden dalam penghasilan seni reka corak bunga dari kebaya nyonya. Gabungan warisan dan moden digabungkan menjadi satu pakaian yang sungguh cantik dan unik.

Semoga lebih ramai yang jatuh cinta dengan keindahan Kebaya Nyonya ini. #strixestyle


Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping