Assalamualaikum dan salam sejahtera, pelanggan Strixe yang dihormati. Setiap pesanan yang anda buat di strixe.com.my melalui satu perjalanan yang teliti sebelum sampai ke tangan anda. Berikut kami kongsikan gambaran ringkas dan penuh, supaya anda tahu apa yang berlaku di sebalik tabir — dari saat anda tekan “Order” sehingga bungkusan tiba di depan pintu.

1. Tempoh Pre-Order (7 Hari)
- Tempoh: Isnin hingga Ahad
- Aktiviti: Anda boleh membuat pra-tempahan melalui website kami dengan mudah dan selamat.

2. Proses Pengesahan (2 Hari)
Tempoh: Isnin dan Selasa minggu berikutnya
- Setiap hari Isnin, kami akan mengumpul semua tempahan minggu tersebut.
- Nak tukar saiz atau buat perubahan? Hubungi admin Maya dalam tempoh 24 jam selepas pembayaran ya.

3. Fasa Production
Tempahan anda kini dihantar untuk dihasilkan mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Tempoh berbeza mengikut jenis produk:
| Jenis Produk | Tempoh Bekerja |
|---|---|
| Jersi Sublimation | 20 hari |
| Blouse Sublimation | 20 hari |
| Sweater Sublimation | 20 hari |
| Set Keceriaan Kelas PaK21 | 14 hari |
| Kad Traffic Light | 3 hari |
💡 Nota Penting: Jika tempahan anda mengandungi lebih daripada satu jenis produk, tempoh production akan ikut produk yang paling lama. Contoh: jika order anda ada Jersi Sublimation (20 hari) dan Kad Traffic Light (3 hari), tempoh keseluruhan akan ikut Jersi Sublimation iaitu 20 hari bekerja.

4. Pemeriksaan Kualiti dan Penghantaran ke HQ (3-5 Hari)
Tempoh: Selepas fasa production
- Produk siap akan dihantar ke HQ Strixe.
- Pasukan kami akan melakukan pemeriksaan kualiti.
- Selepas itu, produk akan dibungkus dengan cermat untuk penghantaran.

5. Penghantaran kepada Pelanggan (2-5 Hari)
Tempoh: Selepas pemeriksaan kualiti
Aktiviti: Bahagian logistik kami akan menghantar produk terus kepada anda.
Keseluruhan proses ini boleh mengambil masa antara 3 hingga 20 hari bekerja, bergantung pada jenis dan kerumitan tempahan. Kami di Strixe amat menghargai kesabaran anda sepanjang proses ini. Komitmen kami adalah untuk memastikan anda menerima produk berkualiti tinggi yang memenuhi jangkaan anda.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, jangan teragak-agak untuk menghubungi khidmat pelanggan kami. Kami sentiasa bersedia untuk membantu anda.
Terima kasih kerana memilih Strixe sebagai pilihan anda.