• October Special
  • Combo 4 items at RM150
  • More Special! 5 items at RM200
icon-search
icon-search

Hari Kesihatan Sedunia

Hari Kesihatan Sedunia

HARI KESIHATAN SEDUNIA

Hari Kesihatan Sedunia merupakan antara salah satu acara rasmi pertama yang disambut oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Pada tahun 1945, para pegawai dari Brazil dan China mengusulkan penubuhan sebuah organisasi kesihatan antarabangsa, yang merangkumi semua aspek dan bebas dari mana-mana kuasa pemerintah. 

Untuk pertama kalinya, Hari Kesihatan Sedunia diadakan pada 22 Julai 1949,  kemudian tarikhnya telah diubah ke 7 April, untuk mendorong penyertaan para pelajar menyertai acara ini.

Sejak dari tahun 1950, Hari Kesihatan Sedunia akan menggunakan tema yang berbeza setiap tahun. Ia dipilih oleh Ketua Pengarah WHO berdasarkan cadangan anggota kerajaan dan kakitangan WHO sendiri.

Hari Kesihatan Sedunia memberi peluang kepada global untuk mefokuskan isu-isu kesihatan awam yang penting serta mempengaruhi masyarakat antarabangsa untuk turut sama mengambil berat aspek kesihatan masing masing. 

KEPENTINGAN HARI KESIHATAN SEDUNIA

  • Memberi kesedaran mengenai kepentingan menjaga kesihatan sendiri.  
  • Membantu mengurangkan stigma yang berkaitan dengan penyakit dan lebih ramai orang  akan mencari rawatan dan sokongan perubatan. 

 

Sumber Artikel:-

  1. https://care.upm.edu.my/artikel/sambutan_hari_kesihatan_sedunia-61218


Untuk menghargai jasa jasa frontliner kita terutamanya yang bekerja dalam sektor kesihatan, Strike telah terinspirasi untuk menghasilkan design- design baju yang berlatarkan KKM. Nak pula sekarang banyak frontliner-frontliner kita ni membuat kempen/program dekat luar. Jadi mestilah tuan puan nak cari baju yang tak tebal, tak jarang, selesa untuk bergerak dan paling penting tak serap peluh. Maklumlah cuaca dekat Malaysia ni kita tak boleh nak agak kan? Kejap panas kejap hujan.

Hmmm tapi nak cari dekat mana baju yang kain jenis tak panas ni?

Haaa Strixe ada jawapannya. Bukan setakat ada harga promosi sempena WORLD HEALTH DAY, tapi Strixe juga menawarkan harga pakej untuk mereka yang nak beli secara berkumpulan. Biasalah kalau pakai sorang-sorang nanti, ada pula yang tanya, 

“Eh beli kt mana ni? Nak join beli boleh tak?”

Kan dah tak dapat harga pakej. Jadi, kami sarankan untuk lebih jimat, order secara berkumpulan, dan boleh pakai ramai ramai masa event atau program kursus. Barulah nampak gah. Design-design yang kami keluarkan pun masih panas dari oven lagi. 

Yang paling best, baju baju kami yang dekat webstite ni semua ready stock tau. Tuan puan boleh juga request untuk melihat katalog design Healthcare yang lain. Ada pelbagai variasi keluaran kami.                    

  KKM SKY SERIES


KKM BLACK GOLD 

 

 

KKM DOODLE BLACK


KKM STRIPE MAROON

 

Jadi jangan lepaskan peluang,jom grab harga promosi kali ini. Tempah segera!

 



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping