• October Special
  • Combo 4 items at RM150
  • More Special! 5 items at RM200
icon-search
icon-search

Hari Jururawat Sedunia

Hari Jururawat Sedunia

Tanggal 12 Mei setiap tahun adalah hari yang dihargai oleh segenap lapisan masyarakat di seluruh dunia kerana hari terbabit diiktiraf sebagai Hari Jururawat Sedunia. Sesungguhnya, tugas dan tanggungjawab seseorang jururawat sangat besar dalam menyediakan khidmat untuk merawat pesakit di hospital. Sumbangan mereka seiring pentingnya dengan tugasan seorang doktor. Bak kata orang, di mana ada doktor, maka di situ adanya jururawat. Begitu eratnya perkhidmatan kejururawatan dengan kedoktoran dalam urusan merawat dan memberikan perkhidmatan kesihatan awam.

Masyarakat di peringkat apa sekalipun amat terhutang budi dengan jasa jururawat yang dicurahkan selama ini bekerja siang malam tanpa mengira waktu. Demi amanah yang digalas, segala masalah peribadi diketepi semata-mata untuk melihat pesakit yang dirawatnya kembali sembuh seperti sediakala. Mungkin, tiada yang lebih menggembirakan hati seseorang jururawat tatkala melihat pesakit yang dirawatnya kembali sihat dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Menurut Wikipedia, idea tentang sambutan Hari Jururawat ini kali pertama muncul pada tahun 1953 apabila Dorothy Sutherland, seorang pegawai di Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat mencadangkan agar presiden Dwight D. Eisenhower mengisytiharkan “Hari Jururawat”. Walaubagaimanapun sambutan secara rasmi yang pertama hanya diadakan oleh Majlis Jururawat Antarabangsa (MJA) pada tahun 1965. 

Beberapa tahun selepas itu, iaitu pada bulan Januari 1974, keputusan telah dibuat untuk mengadakan sambutan pada 12 Mei sempena ulang tahun kelahiran Florence Nightingale yang dianggap sebagai pengasas kejururawatan moden. Bermula tahun tersebut, setiap tahun, MJA menyediakan dan mengedarkan kit Hari jururawat antarabangsa yang mengandungi bahan pendidikan dan maklumat awam untuk kegunaan jururawat. 

 

Sumber: Laman web rasmi Majlis Keselamatan Negara


Tugasan jururawat juga kini bukan hanya di hospital semata, tapi juga bertugas di luar hospital sekiranya ada keperluan. Sebagai contohnya, bilamana  banjir berlaku, mangsa banjir tidak dapat ke hospital untuk mendapatkan rawatan maka mereka inilah yang akan membantu memberikan rawatan ke pihak luar. Dengan memakai seragam putih jururawat itu, mereka rela bertungkus lumus melaksanakan tanggungjawab. 

Dan sering juga apabila diminta untuk bertugas di luar hospital, jururawat akan memakai baju selain seragam putih. Contohnya, kempen derma darah. Jarang dilihat jururawat memakai seragam putih mereka. Kebanyakkannya akan memakai baju jenis jersi sublimation sedondon sebagai satu pasukan. Pelbagai design baju yang menarik dapat dilihat dipasaran. Untuk menzahirkan rasa bangga akan perjuangan Frontliner,  Strixe juga ada beberapa design yang sesuai dipakai sedondon oleh jururawat kita sebagai satu pasukan. Strixe akan buat launching di website untuk 3 design khas untuk Hari Jururawat Sedunia.


 

 

Strixe berharap Hari Jururawat adalah peluang bagi kita semua untuk menghargai peranan penting yang dimainkan oleh jururawat dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti. Jangan lupa sampaikan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada jururawat atas kerja keras mereka yang luar biasa. 

Strixe mengucapkan Selamat Hari Jururawat Sedunia!

 

Sumber Artikel:-

  1. https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/05/12/hari-jururawat-sedunia-pengorbananmu-tidak-ternilai/

 

 



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping