• October Special
  • Combo 4 items at RM150
  • More Special! 5 items at RM200
icon-search
icon-search

Batik Sarawak : Warisan Negara

Batik Sarawak : Warisan Negara

BATIK SARAWAK

 

Pengunaan batik kian mendapat sambutan dalam kalangan penduduk tempatan. Ada yang menggunakan batik untuk membuat baju, kain sarung dan batik lepas.


Antara contoh pengunaan batik adalah baju kemeja batik yang rata rata kita lihat diluar. Coraknya yang unik serta mempunyai unsur tradisional menjadikan batik sebagai pilihan ramai rakyat Malaysia.

 

Di semenanjung, penghasilan corak batik berasaskan ukiran seperti ‘Awan Larat’, namun bagi Batik Sarawak ia lebih cenderung ke arah motif alam semula jadi.

WhatsApp Image 2024-02-21 at 21.42.00


Sebagai contoh, Melayu Sarawak memiliki motif kebudayaannya, Iban pula terkenal dengan Pua Kumbu, iaitu simbol kepahlawanan dan keberanian yang menjadi kebanggaan mereka, manakala masyarakat Orang Ulu pula terkenal dengan motif bunga.

 

Setiap suku kaum dan sub-etnik mempunyai corak budaya tersendiri dan dengan kelebihan itu ia mampu diterapkan sebagai unsur rekaan Batik Sarawak sebagai identiti batik negeri bumi Kenyalang.


Strixe ingin mengangkat identiti Batik Sarawak ini sebaris dengan Batik Kelantan & Terengganu. Kini Strixe telah melancarkan keluaran terbaru kami iaitu ‘Baju Korporat Batik Sarawak'. Warisan batik ini perlu kita pertahankan untuk tatapan generasi akan datang. 

 

Kenapa Strixe memilih Baju Korporat? Kebanyakan yang bekerja wajib memakai baju korporat ke tempat kerja. Strixe ingin memberi nafas baru dalam fesyen baju korporat disamping memartabatkan seni warisan negara kita.

 

Acapkali kita lihat, baju korporat yang diperagakan oleh orang ramai hanya logo jabatan berserta nama sahaja. Kalini Strixe ingin membawa kelainan dalam dunia baju korporat. Maka terhasilnya Baju Korporat Batik Sarawak.

ORDER NOW


Antara kelebihan Baju Korporat Batik Sarawak ini adalah:-

 

  1. Design Batik Sarawak yang jarang diguna pakai
  2. Warna yang menarik dan menawan
  3. Tidak mudah berkedut dan kusut
  4. Unik dan berbeza

 

Baju Korporat Batik Sarawak ini sesuai dipakai ketika majlis majlis formal atau pun semi formal. Dan penjawat awam yang inginkan kelainan juga boleh memilih untuk memakai Baju Korporat Batik ini pada hari Rabu atau Khamis.

Untuk yang bekerja dalam syarikat swasta, anda juga boleh mencadangkan untuk jadikan baju korporat ini sebagai salah satu baju rasmi syarikat.

 Sekiranya ada mesyuarat atau majlis majlis penting di luar, pasti majlis kelihatan lebih teratur , segak dan cantik kerana memakai secara sedondon.

Sekali pandang sudah pasti terserlah keunikan corak batik yang ada di baju korporat ini.

Strixe telah melancarkan 2 koleksi design Batik Sarawak yang menjadi lambang jati diri bangsa kita.

 ORDER NOW

Tahukah kalian rakan-rakan di semenanjung sungguh teruja dengan tema Batik Sarawak ini ?

Ayuh tempah segera dan jadi yang terawal memilik design Batik Sarawak ini. Bersama-sama kita menyanjung seni warisan budaya negara kita ini !



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping